Wednesday, 28 January 2015

Wajib Tahu! Perkara Yang Tidak Dilindungi Oleh Takaful

Ramai beranggapan semua jenis perkara yang disebabkan oleh musibah dilindungi oleh pihak pengendali Takaful. Mari kita lihat perkara yang tidak dilindungi oleh Takaful.
1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fizikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.

Jadi, saya menasihatkan pemegang polisi peka dan dapat membaca segala klausa yang dinyatakan dalam polisi.




1 comment: