Saturday, 20 June 2015

13 Sebab Kenapa Perlu Pilih PruBSN Takaful

Terdapat pelbagai syarikat-syarikat yang menawarkan Pelan perlindungan takaful di seluruh negara. Salah satunya adalah PruBSN Takaful. Jom baca kat bawah ni kenapa perlu pilih PruBSN:


1. Syariah Compliance (Patuh Syariah)


Semua produk PruBSN Takaful adalah HALAL iaitu produk yang mengikut garis panduan Syariah Islam yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

2. Pelan Perlindungan bersama Simpanan.


Pelan Perlindungan yang disertakan dengan ‘SIMPANAN’ atau lebih tepat CAPITAL GROWTH. Sebahagian sumbangan takaful anda akan dilaburkan ke dana-dana yang patuh syariah. Pulangan akan dibahagikan sama rata kepada semua peserta. Anda boleh bawa keluar Cash Value anda bila-bila masa tanpa perlu menunggu tempoh matang

3. Perlindungan Komprehensif.


Manfaat Perlindungan 5 in 1 adalah Pelan yang KOMPREHENSIF merangkumi Manfaat Kematian, Sakit Kritikal, Kemalangan, Kad Perubatan dan Simpanan.

4. Pelan Fleksibel


Apabila anda memilih PruBSN Takaful, anda memilih pelan yang FLEKSIBEL. Dari masa ke semasa sudah pasti anda akan dapatkan perlindungan yang lebih baik, oleh itu kami memastikan plan takaful anda lebih fleksibel untuk bagi memenuhi keperluan anda dimasa hadapan.

5. Auto-Renew


Kad Perubatan PruBSN Takaful dijamin “Auto-Renew” tanpa syarat. Tidak perlu risau untuk memperbarui polisi setiap tahun atau pada satu jangka masa tertentu.

6. Premium tidak meningkat


Bayaran premium adalah sama seperti di awal polisi. Tidak akan meningkat mengikut umur.

7. Elaun Hospital


Adalah elaun yang diberikan sekiranya terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan. Elaun Hospital yang disertakan bersama-sama kad perubatan diberikan untuk rawatan tidak kira sama ada di Hospital Kerajaan ataupun Hospital Swasta.

8. Panel Hospital yang berkualiti


Panel hospital adalah terdiri daripada senarai hospital-hospital yang berkualiti dan kebanyakan Hospital Pakar adalah panel PruBSN Takaful di seluruh Malaysia.

9. Contributor


Jika anda didapati mengidap Sakit Kritikal, sumbangan takaful anda akan dibayar oleh PruBSN Takaful PERCUMA. Tiada lagi pembayaran dari anda. Begitu juga pembayaran takaful anak anda. Tiada lagi pembayaran perlu dilakukan dan rawatan akan ditanggung sepenuhnya seperti biasa.

10. Produk Syarikat


Kad Perubatan yang ditawarkan adalah produk yang atas nama PruBSN Takaful sendiri. Jadi proses sebarang tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat.

11. Perlindungan Maksimum


Kad Perubatan PruBSN Takaful mempunyai limit perlindungan tertinggi sehingga RM4,000,000.00.

12. Syarikat Berpengalaman


Diterajui oleh dua syarikat kewangan yang kukuh dalam bidang kepakaran masing-masing iaitu Prudential dan Bank Simpanan Nasional (BSN) membentuk syarikat peneraju dalam perbankan dan pelaburan Islam.

13. Anugerah


Memengani pelbagai anugerah pengiktirafan sama ada didalam negara mahupun peringkat antarabangsa. PruBSN merupakan  pemenang bagi anugerah ‘Best Takaful Operator’ di asia bagi tahun 2014.
 
Bukan 1 , bukan 2... 13..jom pm saya Fahmi Ahmad 0137422639

Saturday, 28 February 2015

Soalan Takaful


Soalan Lazim Prudential BSN Takaful


Konvensional vs Takaful
Untuk pengetahuan, pelan konvensional walaupun dananya Takaful, pelannya masih lagi tak patuh Syariah. Nak cerita teknikal ni susah, kita ambil contoh loan Islamic dengan konvensional je. Dua-dua matlamat sama, tapi caranya lain.
Walaupun ada yang membahaskan antara dua ni, tapi kalau dah ada produk yang dikatakan patuh syariah, diwajibkan untuk kita ambil berdasarkan konsep yang mewajibkan kita mencari yang halal dalam Islam.

Bagaimana Harga Pelan Takaful Ditentukan?
Secara asasnya, harga pelan ni adalah berdasarkan:
  1. Umur
  2. Status merokok
  3. Co-takaful / full coverage
  4. Risiko pekerjaan
  5. Jenis pelan
Lagi tinggi umur, merokok dan kerja di tempat yang berisiko tinggi seperti di tengah lautan menjadikan pelan lebih mahal.
Kalau nampak contoh harga pada mana-mana memang tak boleh ikut yang tu sebab pelan ni memang ikut pada profail diri sendiri. Kalau ada harga pun, sekadar contoh untuk anggaran sahaja.

Perbezaan HealthEnrich (HE) vs Takaful Health2 (TH2)?
  • HE cover bayaran bilik di hospital selama 200 hari, TH2 selama 120 hari je
  • HE ada coverage untuk komplikasi kehamilan, TH2 tiada
  • HE masukkan manfaat elaun harian (HE Advanced & Premier), TH2 tiada
  • HE ada tambahan annual limit untuk pemindahan organ, TH2 tiada
  • HE pelan baru, TH2 lama
Pemilihan HE atau TH2 adalah berdasarkan kes. Kena rujuk pada saya untuk menentukan pelan mana yang sesuai.

Ko-Takaful dan Full Coverage
Pelan co-takaful ni gunakan konsep perkongsian pembayaran bil hospital. Untuk full coverage, mereka bayar bil rawatan sepenuhnya. Simple je.
Untuk pelan co-takaful, kita kena bayar 10% daripada bil hospital sehigga maksimum RM2,000 sahaja. Jadi kalau bil RM50,000 sekalipun (10% RM5,000), kita still bayar RM2,000 dan selebihnya PruBSN bayar.
Walaupun begitu, bayaran maksimum ni boleh berubah ikut keadaan semasa. Contohnya, kalau hospital naikkan caj pada masa hadapan dan pembedahan yang dulunya RM30,000 jadi RM60,000, pihak PruBSN terpaksalah naikkan bayaran maksimum tadi daripada RM2,000 ke RM3,000.
Pelan Untuk Wanita
Pelan ni istimewa sikit. Dalam pelan ni kita masukkan manfaat yang dinamakan Takaful Puteri. Takaful Puteri penting untuk melindungi diri daripada kes kanser, terutamanya kanser payudara.
Secara umumnya, pelan Takaful memang cover semua kes kanser. Tapi dalam hal kanser payudara ni lain sikit ceritanya. Mungkin anda pernah dengar pasal kanser ni ada tahap-tahapnya kan. Tahap 1 sampai Tahap 4. Kalau kita kesan pada tahap 1, masa tu paling sesuai untuk rawatan dan majoriti pesakit akan sembuh sepenuhnya kalau kanser dirawat dari tahap 1 lagi.
Kanser payudara ni unik sebab ada tahap 0. Tahap 0 ni adalah tahap di mana mereka dapat kesan sel yang berpotensi jadi kanser, tapi bukan lagi kanser sebab sifatnya yang tidak merebak. Dalam bahasa insurans, selagi sel kanser tak merebak/membesar, selagi itu ia tak tergolong dalam kategori penyakit kritikal walaupun ianya sel kanser.
Jadi untuk Takaful Puteri ni, mereka akan berikan RM15,000 untuk kos pembedahan pembuangan sel kanser tahap 0 tadi kalau ia dikesan awal. Kalau lambat kesan dan jadi kanser masuk tahap 1 atau 2, pelan medical card biasa pun dah boleh cover kos pembedahan, cuma pembedahan di tahap ini lebih berisiko dan berkemungkinan besar payudara yang dijangkiti perlu dibuang.
Kanser pada tahap 1 & 2 ni jadi lebih bahaya bila ianya merebak ke bahagian-bahagian yang lebih sensitif. Part ni saya dah lupa mana, kena refer balik pada client-client doktor saya. Jadi walaupun kita ambil manfaat Takaful Puteri ni, tapi kalau lambat kesan kanser payudara tu tak berguna jugak sebenarnya. Kena rajin-rajin buat pemeriksaan sendiri dan jumpa doktor cepat-cepat kalau ada sesuatu yang tak kena.
Kalau masukkan manfaat Takaful Puteri ni, biasanya pelan akan jadi lebih mahal dalam RM20 – RM35 berbanding pelan yang tiada manfaat Takaful Puteri.

Pembahagian Sumbangan Bulanan Untuk Pelan 3 Dalam 1
Pelan daripada PruBSN ni datang dalam bentuk pelan 3 dalam 1. Ia menggabungkan fungsi insurans nyawa, insurans kesihatan dan akaun simpanan.
  1. Insurans nyawa ni bagi pampasan wang tunai sekiranya berlaku kematian, mengalami kecacatan kekal atau menghidap penyakit kritikal.
  2. Insurans kesihatan adalah medical card yang akan cover semua kos rawatan ketika sakit.
  3. Akaun simpanan ini adalah lebihan wang yang kita bayar setiap bulan selepas ditolak semua caj dan yuran termasuk komisen saya.
Saya gunakan perkataan insuran supaya senang faham. Dalam terminologi Takaful, kita gunakan perkataan Takaful sahaja. Term Takaful Nyawa tak sesuai dari segi Syariah.
Kita tak lindungi nyawa. Apa yang berlaku dalam pelan Takaful ialah kita bantu (derma) berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui sekiranya berlaku kematian.
Saya cuba elakkan nak bercakap banyak dari segi teknikal sebab bukan bidang saya nak persoalkan/perbahaskan. Kalau ada yang salah, nanti tersilap maklumat.
Kalau ini bidang anda dan anda ingin membahaskannya, dipersilakan untuk anda bahaskannya dengan panel Syariah Bank Negara dan panel Syariah PruBSN Takaful. Mungkin mereka silap dah boleh perbetulkan apa yang silap secara total.
Jadi contoh pembahagiannya macam ni:
Screen Shot 2014-10-18 at 8.43.22 PM

Tahun pertama, 40% (RM768) sahaja daripada jumlah yang dibayar dalam setahun akan digunakan untuk membayar caj Tabarru’ dan bakinya dimasukkan ke dalam akaun simpanan.
Tahun kedua, pun sama.
Tahu ketiga, 50% (RM960) sahaja daripada jumlah yang dibayar dalam setahun akan digunakan untuk membayar caj tabarru’ dan bakinya dimasukkan ke dalam akaun simpanan.
Tahun seterusnya seperti dalam jadual. Tahun ketujuh dan ke atas, 100% baki bayaran bulanan yang dibayar akan dimasukkan ke dalam savings account setelah ditolak caj Tabarru’ dan yuran.
Lepas tahun ketujuh ni saya tak dapat dah komisen daripada anda, tapi saya masih lagi akan berkhidmat untuk uruskan claim dan bantu anda sampai bila-bila. Insha Allah.

Caj Tabarru’
Caj Tabarru’ ni adalah caj yang dikenakan ke atas pelan HealthEnrich dan segala manfaat yang kita masukkan. Caj ini akan dikumpulkan dalam satu tabung dan akan digunakan untuk menderma kepada ahli Takaful lain melangsaikan bil perubatan mereka.
Akad yang digunakan untuk tabung ini adalah derma, jadi selagi kita mengambil pelan Takaful, selagi itulah kita buat pahala atas dasar derma pada tabung untuk bantu orang lain.
Of course, bila kita sakit, kita pula akan dapat sumbangan ahli lain untuk melangsaikan bil rawatan kita.

Savings
Takde masalah nak tambah simpanan bulanan, tapi pastikan simpanan ni tak membebankan.
Apa kelebihan simpan dalam pelan takaful?
Simpanan anda boleh dilindungi. Maksud dilindungi kat sini ialah, kalau anda ambil pelan kami dan buat simpanan RM10 sebulan dan buat pilihan untuk mengambil manfaat perlindungan terhadap simpanan tadi, sekiranya anda menghidap penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal, pelan anda jadi percuma sehingga umur 70 tahun dan simpanan RM10 sebulan tadi akan diteruskan oleh PruBSN sampai umur 70 tahun.
Dalam erti kata lain, duit percuma.
Duit dalam akaun simpanan boleh dikeluarkan bermula tahun ke-7, dengan syarat kena tinggalkan minimum RM1,000 dalam akaun.

Caj Tabarru’ Mengikut Umur
Contoh caj adalah seperti dalam jadual bawah ni untuk pelan HealthEnrich Select:
health enrich

Bagi pelan yang saya sediakan untuk anda, rujuk page 3 & 4, bawah kotak total Tabarru’.

Manfaat Contributor
Contributor ni adalah salah satu cabang manfaat yang kita boleh masukkan dalam pelan macam manfaat Takaful Puteri atas tadi.
Manfaat ni berfungsi untuk menjadikan pelan Takaful kita percuma sekiranya kita menghidap penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal. Bila berlaku salah satu musibah ni, kita tak perlu lagi bayar sampai umur 70 tahun.
Boleh claim seperti biasa walaupun pelan dah jadi free dan savings pun masih jalan. Takde beza dari segi coverage.

Pewaris
Nama pewaris yang dimasukkan dalam pelan bukan jadi tukang bayar kalau kita tak bayar. Kalau tak bayar, plan kita akan mati. Tiada lagi perlindungan.
Nama pewaris hanyalah sebagai penama bagi pampasan pelan kita sekiranya kita meninggal dunia.

Syarat Pelan Jadi Free
Tentang syarat, kalau confirm kanser tahap 1 atau menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, pelan Takaful akan jadi free.
Untuk kecacatan kekal, syaratnya ialah tak boleh bekerja langsung akibat kecacatan tu. Contohnya, macam lumpuh.
Kalau putus jari satu pun kira kecacatan kekal, tapi putus satu jari masih lagi boleh kerja. Jadi tak kira. Hanya beberapa peratus sahaja daripada pampasan kecacatan kekal akan dibayar.
Manfaat ni penting. Banyak pelan yang murah kat luar tu tak masukkan manfaat ni. Apabila menghidap penyakit kritikal dan hilang punca pendapatan, belum tentu lagi pemilik sijil boleh bayar. Kalau tak bayar, macam mana nak cover? Last-last membebankan diri sendiri jugak semata-mata nak jimatkan RM20-30 sebulan.
Untuk pelan Prudential PruBSN, semua pelan kita akan masukkan manfaat contributor ni.

Room & Board
harga wad kpj johor

Ini senarai bayaran bilik untuk semalam di KPJ Johor.
Ambil contoh pelan Room and Board anda RM300/malam. Boleh ambil bilik Single Deluxe (2nd floor) dan ke bawah yang kosnya kurang daripada RM300.
Kalau ambil bilik lebih mahal daripada RM300, kena top up sendiri.
Kalau ambil 2 bedded room, boleh bayar untuk kedua-dua katil (ikut persetujuan hospital kalau tak ramai pesakit masa tu) supaya penjaga/ibu bapa kita boleh teman kita di hospital.
Kalau ambil bilik yang kurang daripada tu, lebihan tak akan diberikan.

Pengurangan Income Tax
Kalau anda bergaji RM2,500 dan ke atas, dah kena start buat e-filing LHDN dan kalau gaji RM3,700 dan ke atas, dah mula ada potongan cukai bulanan.
Bila kita buat e-filing, kita boleh senaraikan perbelanjaan kita dan medical card ni termasuk sekali dalam item yang dikecualikan cukai. Daripada jumlah pendapatan kita dalam setahun, ada % pendapatan akan dikategorikan sebagai pendapatan yang dikenakan cukai.
Daripada jumlah pendapatan yang dikenakan cukai tu, kita boleh tolak sehingga RM3,000 setahun untuk bayaran medical card. Setiap hujung tahun, PruBSN akan keluarkan penyata tahunan dan beritahu berapa banyak yang boleh ditolak untuk kategori medical card ni.
Dalam hal percukaian ni, kalau perbelanjaan kita banyak berikan rebet cukai, kita boleh dapat semua sebahagian daripada jumlah potongan cukai yang telah dibayar.
Ini sekadar ringkasan sahaja. Panjang lagi ceritanya. Kena faham asas percukaian baru senang faham.

Gunakan Elaun Untuk Upgrade Bilik
Contoh, pelan anda ada elaun RM150 semalam. Room and Board pula RM300. Jadi anda boleh combine untuk dapat VIP suite.
Cuma elaun ni keluar lambat sikit. Jadi kalau nak upgrade bilik, kena guna duit sendiri dulu untuk bayar amaun yang tak cukup tadi. Guna kad kredit pun boleh.
Cheque untuk elaun akan dikeluarkan selepas discharge supaya mereka boleh kira berapa malam anda mendapatkan rawatan di hospital dengan mudah.
Urusan claim dan bank in cheque saya akan selesaikan. Takde masalah.

Hubungi Fahmi MB untuk keterangan lanjut. 0137422639
Credit To http://ariffshah.com/soalan-prudential-takaful/

Mengapa Perlu Bertakaful?


Tuesday, 24 February 2015

The Power Of RM100!

Sejak sebulan lalu, saya menjalankan kempen yang telah dibuat oleh "Takaful Man" iaitu
Kempen Takaful rm100 = rm200,000.

Alhamdulillah masih ramai lagi yang mula aware dan subscribe pada konsep power ini dengan saya.

Terima Kasih "Takaful Man".

kempen Takaful ini merupakan;

The Power of 100!


The Power of 100 ini adalah menifestasi kekuasaan rm100 yang jarang diterokai oleh orang kebanyakan.

Yakni, dengan kontribusi rm100 setiap bulan, cabang keluarga secara langsung akan terlindung dengan sejumlah pampasan bernilai rm200,000.

Dalam kempen ini, saya cuba memberi makna kepada rm100, dengan menilainya dalam bentuk kekuasaan yang sukar dibanding dengan mana mana instrument kewangan yang ujud dalam sistem kewangan sejagat.

Takaful Man memberitahu;

“Rm100 kalau dicampak ke dalam longkang setiap bulan, tidak akan menjadikan kalian seorang yang miskin papa kedana. Begitu juga rm100 kalau di simpan di mana mana institusi kewangan, tidak akan menjadikan kalian jutawan berharta.Namun, rm100 ini, kalau disimpan ke dalam Takaful, akan memberi rasa lega dan lapang dada kepada diri kalian, dan keluarga tercinta”

Menukar 100 kepada 105 itu simpanan bank,
Menukar 100 kepada 110 itu ASB,
Menukar 100 kepada 120 itu Unit trust,
Menukar 100 kepada 200 itu berniaga,
Namun,
Menukar 100 kepada 200,000 itu hanya boleh jadi dengan Takaful.
Mari sama sama kita rempuh,
The Power of 100!

Mudahnya bertakaful.

Fahmi MB 0137422639

Sumber Inspirasi >>  http://thetakafulman.com/

Saturday, 14 February 2015

Takaful bukan untuk nak sakit

“ambil takaful kalau x sakit dan x pernah claim.. rugi je.. simpanan tu pulang sama banyak x nilainya apa yang kita dah bayar?”

Sedare, ambil perlidungan takaful ni bukan untuk sakit.. sebab kalau x sakit nanti mmg sedara akan rase rugi, apa yang saya boleh bgtau sedare, takaful ni tujuannya untuk sedare nak protect kewangan sedare sekiranya sedare sakit. sedare tau x? sekiranya sedare disahkan menghadapi penyakit kritikal, atau pun hilang upaya kekal (lumpuh) , ia juga boleh melumpuhkan kewangan sedare, sehingga sedara terpaksa habiskan semua simpanan sedare, bergadai harta benda dan barang berharga, meminjam dengan ahli keluarga dan kenalan, dan meminta derma”

“ade takaful pun ,kalau dh sakit tetap sakit jugak..kalau ditakdirkan ajal kita tetap kita akan pergi jugak. Hospital kerajaan ke hospital pakar ke same je..redha je la dengan setiap ketentuan Tuhan…”

Sedare… menyembuhkan sakit seseorang itu adalah kerja Tuhan. Power of takaful bukan lah boleh menyembuhkan kita sekiranya sakit dan boleh melambatkan kita dari bertemu ajal. Tapi power of takaful adalah dengan Izin Allah kita bertakaful dan bersama-sama dengan peserta takaful yang lain bantu membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang antara kita ditimpa musibah seperti sakit,kemalangan dan kesusahan ahli keluarga kita yang kita tinggalkan sekiranya kita telah meninggal dunia. Bantuan yang diberi adalah dari segi kewangan yang berbentuk pampasan dan dana perubatan. Ia sangat-sangat membantu kita dan ahli keluarga kita ketika itu.

Bersama-sama mengumpul dana dengan akad menderma(tabbaru)
 
Fahmi MB / 0137422639

Tuesday, 10 February 2015

KEHEBATAN 123 UNTUK ANAK-ANAK

Alhamdulillah ramai ibu bapa yang mula fikirkan perlindungan takaful untuk anak2 mereka dan juga simpanan pendidikan untuk masa depan anak2 mereka. Simpanan Bijak menjadi tanda Tanya orang ramai, kenapa ia dikatakan simpanan bijak. Ini disebabkan semua ibu bapa sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.


“Sayang-sayang anak di 123 kan” merupakan satu kempen takaful yang kawan lakukan untuk dimana ibu-bapa diluar sana yang inginkan satu simpanan bijak untuk anak2 mereka disamping anak-anak mereka dapat manfaat perlindungan untuk rawatan di hospital pakar sekiranya sakit.Dengan hanya Rm 123 sebulan untuk simpanan bijak ini, ibubapa boleh memastikan yang terbaik untuk anak2 mereka.

Semasa anak-anak masih kecil kita ajar mereka 123 kan… sekarang ni kempen “sayang-sayang anak di 123 kan”. Apa lagi cepat2 la GRAB!

Siapa sangka?

Dengannya simpanan RM123 ringgit untuk anak ini boleh menyelematkan anda dari 4 perkara dibawah.

1-Kehabisan wang simpanan.














2-Bergadai harta benda dan barang berharga
















3-Meminjam dengan ahli keluarga dan lain2 kenalan.





















4-Meminta derma
















Jom pm MB… MB akan bantu anda untuk segala pertanyaan tentang takaful.

Anda Tanya, MB Jawab…Mudahnya Bertakaful...

Fahmi MB/0137422639

Sunday, 8 February 2015

Kesiannya Isteri dan anak-anak2 kita... Jom Buat sesuatu untuk mereka.

 
Dari kita tamat belajar di universiti, mula bekerja, berkahwin, mempunyai anak-anak  sehinggalah ke saat anak-anak membesar dan kemudian kita pun bersara, pelbagai cabaran2 akan kita hadapi.
Antara cabaran paling meninggalkan kesan adalah sekiranya kita mengidap penyakit kritikal atau pun mengalami perkara yang lebih meninggalkan kesan seperti hilang upaya kekal (LUMPUH) atau Kematian.
Sekiranya berlaku perkara tersebut, sudah tentu segala perancangan yang kita nak lakukan untuk keluarga terutama anak-anak akan terbantut. Apa ek akan jadi kepada keluarga kite? Macam mana anak2 kite nak sekolah?
Ye. Mungkin ada yang akan mengatakan kalau aku sakit, hospital kerajaan ada. Aku staff kerajaan, sudah tentulah boleh masuk Wad Kelas 1. Bagi yang swasta pula, sudah tentu mengatakan company saya cover kos hospital tanpa had dan sebagainya.




Tahukah anda, sekiranya kita gagal datang bekerja , pihak majikan berhak menamatkan perkhidmatan anda? Apa akan jadi kepada sumber pendapatan kita? Siapa akan menanggung kos rawatan kita? Dan itu kalau sakit, bagaimana kalau anda meninggal atau Hilang Upaya Kekal? 
 
Adakah :
11)    Majikan/kerajaan akan menanggung belanja sekolah anak-anak kita sehingga ke universiti?
22)    Siapakah akan memberikan pendapatan untuk pasangan kita?Atau pasangan kita terpaksa bekerja dengan bebanan 2 kali ganda?
33)    Siapa akan membayar bil-bil elektrik, air dan sebagainya jika ditakdirkan kita tiada lagi?
44)    Jika kita mengalami Hilang Upaya Kekal (LUMPUH) siapa akan menanggung belanja kita? Pasangan? Anak-anak? Sanggupkah kita biarkan mereka berhenti sekolah?
Memandangkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, kita memerlukan pelan terbaik untuk kita menghadapi sebarang krisis semasa hidup.
Pelan ini dikenali sebagai Pelan Perlindungan Krisis. Dengan pelan ini kita boleh menyediakan pelan berterusan untuk keluarga kita. Antara faedah pelan ini adalah :
1)    Memberikan kita wang tunai sekiranya kita disahkan  menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi supaya kita boleh mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
2)    Memberikan keluarga kita wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan.
3)    Memberikan kita wang tunai sekiranya kita tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (lumpuh).
4)    Family Income Benefit memberikan orang yang kita kasihi pendapatan bulanan untuk 120 bulan sekiranya kita hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal atau kehilangan nyawa.


Ingatlah, ape yang kawan nak sampaikan, kita ambil perlindungan takaful ni sebenarnya bukan untuk diri kita, tapi untuk anak2 dan isteri kita sebenarnya. Berlaku pada kita... menderitanya isteri dan anak2 kita... sanggup ke kita? mungkin sebab kita x rasa lagi itu sebab kita buat x peduli ttg semua ni, tapi kalau dah kene masa tu dah x guna, bak kata pepatah "sudah terhantuk baru nak tersedar" ..kalau dah tau masih lagi buat2 x tau, masih lagi x de planning yang betul dr segi kewangan untuk nak ambil perlindungan takaful ni.. cube tanya diri kita semula "adakah aku betul2 sayangkan isteri dan anak2 aku?" ... kawan minta maaf kerana mungkin kawan agak melebih2...