Saturday, 28 February 2015

Soalan Takaful


Soalan Lazim Prudential BSN Takaful


Konvensional vs Takaful
Untuk pengetahuan, pelan konvensional walaupun dananya Takaful, pelannya masih lagi tak patuh Syariah. Nak cerita teknikal ni susah, kita ambil contoh loan Islamic dengan konvensional je. Dua-dua matlamat sama, tapi caranya lain.
Walaupun ada yang membahaskan antara dua ni, tapi kalau dah ada produk yang dikatakan patuh syariah, diwajibkan untuk kita ambil berdasarkan konsep yang mewajibkan kita mencari yang halal dalam Islam.

Bagaimana Harga Pelan Takaful Ditentukan?
Secara asasnya, harga pelan ni adalah berdasarkan:
  1. Umur
  2. Status merokok
  3. Co-takaful / full coverage
  4. Risiko pekerjaan
  5. Jenis pelan
Lagi tinggi umur, merokok dan kerja di tempat yang berisiko tinggi seperti di tengah lautan menjadikan pelan lebih mahal.
Kalau nampak contoh harga pada mana-mana memang tak boleh ikut yang tu sebab pelan ni memang ikut pada profail diri sendiri. Kalau ada harga pun, sekadar contoh untuk anggaran sahaja.

Perbezaan HealthEnrich (HE) vs Takaful Health2 (TH2)?
  • HE cover bayaran bilik di hospital selama 200 hari, TH2 selama 120 hari je
  • HE ada coverage untuk komplikasi kehamilan, TH2 tiada
  • HE masukkan manfaat elaun harian (HE Advanced & Premier), TH2 tiada
  • HE ada tambahan annual limit untuk pemindahan organ, TH2 tiada
  • HE pelan baru, TH2 lama
Pemilihan HE atau TH2 adalah berdasarkan kes. Kena rujuk pada saya untuk menentukan pelan mana yang sesuai.

Ko-Takaful dan Full Coverage
Pelan co-takaful ni gunakan konsep perkongsian pembayaran bil hospital. Untuk full coverage, mereka bayar bil rawatan sepenuhnya. Simple je.
Untuk pelan co-takaful, kita kena bayar 10% daripada bil hospital sehigga maksimum RM2,000 sahaja. Jadi kalau bil RM50,000 sekalipun (10% RM5,000), kita still bayar RM2,000 dan selebihnya PruBSN bayar.
Walaupun begitu, bayaran maksimum ni boleh berubah ikut keadaan semasa. Contohnya, kalau hospital naikkan caj pada masa hadapan dan pembedahan yang dulunya RM30,000 jadi RM60,000, pihak PruBSN terpaksalah naikkan bayaran maksimum tadi daripada RM2,000 ke RM3,000.
Pelan Untuk Wanita
Pelan ni istimewa sikit. Dalam pelan ni kita masukkan manfaat yang dinamakan Takaful Puteri. Takaful Puteri penting untuk melindungi diri daripada kes kanser, terutamanya kanser payudara.
Secara umumnya, pelan Takaful memang cover semua kes kanser. Tapi dalam hal kanser payudara ni lain sikit ceritanya. Mungkin anda pernah dengar pasal kanser ni ada tahap-tahapnya kan. Tahap 1 sampai Tahap 4. Kalau kita kesan pada tahap 1, masa tu paling sesuai untuk rawatan dan majoriti pesakit akan sembuh sepenuhnya kalau kanser dirawat dari tahap 1 lagi.
Kanser payudara ni unik sebab ada tahap 0. Tahap 0 ni adalah tahap di mana mereka dapat kesan sel yang berpotensi jadi kanser, tapi bukan lagi kanser sebab sifatnya yang tidak merebak. Dalam bahasa insurans, selagi sel kanser tak merebak/membesar, selagi itu ia tak tergolong dalam kategori penyakit kritikal walaupun ianya sel kanser.
Jadi untuk Takaful Puteri ni, mereka akan berikan RM15,000 untuk kos pembedahan pembuangan sel kanser tahap 0 tadi kalau ia dikesan awal. Kalau lambat kesan dan jadi kanser masuk tahap 1 atau 2, pelan medical card biasa pun dah boleh cover kos pembedahan, cuma pembedahan di tahap ini lebih berisiko dan berkemungkinan besar payudara yang dijangkiti perlu dibuang.
Kanser pada tahap 1 & 2 ni jadi lebih bahaya bila ianya merebak ke bahagian-bahagian yang lebih sensitif. Part ni saya dah lupa mana, kena refer balik pada client-client doktor saya. Jadi walaupun kita ambil manfaat Takaful Puteri ni, tapi kalau lambat kesan kanser payudara tu tak berguna jugak sebenarnya. Kena rajin-rajin buat pemeriksaan sendiri dan jumpa doktor cepat-cepat kalau ada sesuatu yang tak kena.
Kalau masukkan manfaat Takaful Puteri ni, biasanya pelan akan jadi lebih mahal dalam RM20 – RM35 berbanding pelan yang tiada manfaat Takaful Puteri.

Pembahagian Sumbangan Bulanan Untuk Pelan 3 Dalam 1
Pelan daripada PruBSN ni datang dalam bentuk pelan 3 dalam 1. Ia menggabungkan fungsi insurans nyawa, insurans kesihatan dan akaun simpanan.
  1. Insurans nyawa ni bagi pampasan wang tunai sekiranya berlaku kematian, mengalami kecacatan kekal atau menghidap penyakit kritikal.
  2. Insurans kesihatan adalah medical card yang akan cover semua kos rawatan ketika sakit.
  3. Akaun simpanan ini adalah lebihan wang yang kita bayar setiap bulan selepas ditolak semua caj dan yuran termasuk komisen saya.
Saya gunakan perkataan insuran supaya senang faham. Dalam terminologi Takaful, kita gunakan perkataan Takaful sahaja. Term Takaful Nyawa tak sesuai dari segi Syariah.
Kita tak lindungi nyawa. Apa yang berlaku dalam pelan Takaful ialah kita bantu (derma) berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui sekiranya berlaku kematian.
Saya cuba elakkan nak bercakap banyak dari segi teknikal sebab bukan bidang saya nak persoalkan/perbahaskan. Kalau ada yang salah, nanti tersilap maklumat.
Kalau ini bidang anda dan anda ingin membahaskannya, dipersilakan untuk anda bahaskannya dengan panel Syariah Bank Negara dan panel Syariah PruBSN Takaful. Mungkin mereka silap dah boleh perbetulkan apa yang silap secara total.
Jadi contoh pembahagiannya macam ni:
Screen Shot 2014-10-18 at 8.43.22 PM

Tahun pertama, 40% (RM768) sahaja daripada jumlah yang dibayar dalam setahun akan digunakan untuk membayar caj Tabarru’ dan bakinya dimasukkan ke dalam akaun simpanan.
Tahun kedua, pun sama.
Tahu ketiga, 50% (RM960) sahaja daripada jumlah yang dibayar dalam setahun akan digunakan untuk membayar caj tabarru’ dan bakinya dimasukkan ke dalam akaun simpanan.
Tahun seterusnya seperti dalam jadual. Tahun ketujuh dan ke atas, 100% baki bayaran bulanan yang dibayar akan dimasukkan ke dalam savings account setelah ditolak caj Tabarru’ dan yuran.
Lepas tahun ketujuh ni saya tak dapat dah komisen daripada anda, tapi saya masih lagi akan berkhidmat untuk uruskan claim dan bantu anda sampai bila-bila. Insha Allah.

Caj Tabarru’
Caj Tabarru’ ni adalah caj yang dikenakan ke atas pelan HealthEnrich dan segala manfaat yang kita masukkan. Caj ini akan dikumpulkan dalam satu tabung dan akan digunakan untuk menderma kepada ahli Takaful lain melangsaikan bil perubatan mereka.
Akad yang digunakan untuk tabung ini adalah derma, jadi selagi kita mengambil pelan Takaful, selagi itulah kita buat pahala atas dasar derma pada tabung untuk bantu orang lain.
Of course, bila kita sakit, kita pula akan dapat sumbangan ahli lain untuk melangsaikan bil rawatan kita.

Savings
Takde masalah nak tambah simpanan bulanan, tapi pastikan simpanan ni tak membebankan.
Apa kelebihan simpan dalam pelan takaful?
Simpanan anda boleh dilindungi. Maksud dilindungi kat sini ialah, kalau anda ambil pelan kami dan buat simpanan RM10 sebulan dan buat pilihan untuk mengambil manfaat perlindungan terhadap simpanan tadi, sekiranya anda menghidap penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal, pelan anda jadi percuma sehingga umur 70 tahun dan simpanan RM10 sebulan tadi akan diteruskan oleh PruBSN sampai umur 70 tahun.
Dalam erti kata lain, duit percuma.
Duit dalam akaun simpanan boleh dikeluarkan bermula tahun ke-7, dengan syarat kena tinggalkan minimum RM1,000 dalam akaun.

Caj Tabarru’ Mengikut Umur
Contoh caj adalah seperti dalam jadual bawah ni untuk pelan HealthEnrich Select:
health enrich

Bagi pelan yang saya sediakan untuk anda, rujuk page 3 & 4, bawah kotak total Tabarru’.

Manfaat Contributor
Contributor ni adalah salah satu cabang manfaat yang kita boleh masukkan dalam pelan macam manfaat Takaful Puteri atas tadi.
Manfaat ni berfungsi untuk menjadikan pelan Takaful kita percuma sekiranya kita menghidap penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal. Bila berlaku salah satu musibah ni, kita tak perlu lagi bayar sampai umur 70 tahun.
Boleh claim seperti biasa walaupun pelan dah jadi free dan savings pun masih jalan. Takde beza dari segi coverage.

Pewaris
Nama pewaris yang dimasukkan dalam pelan bukan jadi tukang bayar kalau kita tak bayar. Kalau tak bayar, plan kita akan mati. Tiada lagi perlindungan.
Nama pewaris hanyalah sebagai penama bagi pampasan pelan kita sekiranya kita meninggal dunia.

Syarat Pelan Jadi Free
Tentang syarat, kalau confirm kanser tahap 1 atau menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, pelan Takaful akan jadi free.
Untuk kecacatan kekal, syaratnya ialah tak boleh bekerja langsung akibat kecacatan tu. Contohnya, macam lumpuh.
Kalau putus jari satu pun kira kecacatan kekal, tapi putus satu jari masih lagi boleh kerja. Jadi tak kira. Hanya beberapa peratus sahaja daripada pampasan kecacatan kekal akan dibayar.
Manfaat ni penting. Banyak pelan yang murah kat luar tu tak masukkan manfaat ni. Apabila menghidap penyakit kritikal dan hilang punca pendapatan, belum tentu lagi pemilik sijil boleh bayar. Kalau tak bayar, macam mana nak cover? Last-last membebankan diri sendiri jugak semata-mata nak jimatkan RM20-30 sebulan.
Untuk pelan Prudential PruBSN, semua pelan kita akan masukkan manfaat contributor ni.

Room & Board
harga wad kpj johor

Ini senarai bayaran bilik untuk semalam di KPJ Johor.
Ambil contoh pelan Room and Board anda RM300/malam. Boleh ambil bilik Single Deluxe (2nd floor) dan ke bawah yang kosnya kurang daripada RM300.
Kalau ambil bilik lebih mahal daripada RM300, kena top up sendiri.
Kalau ambil 2 bedded room, boleh bayar untuk kedua-dua katil (ikut persetujuan hospital kalau tak ramai pesakit masa tu) supaya penjaga/ibu bapa kita boleh teman kita di hospital.
Kalau ambil bilik yang kurang daripada tu, lebihan tak akan diberikan.

Pengurangan Income Tax
Kalau anda bergaji RM2,500 dan ke atas, dah kena start buat e-filing LHDN dan kalau gaji RM3,700 dan ke atas, dah mula ada potongan cukai bulanan.
Bila kita buat e-filing, kita boleh senaraikan perbelanjaan kita dan medical card ni termasuk sekali dalam item yang dikecualikan cukai. Daripada jumlah pendapatan kita dalam setahun, ada % pendapatan akan dikategorikan sebagai pendapatan yang dikenakan cukai.
Daripada jumlah pendapatan yang dikenakan cukai tu, kita boleh tolak sehingga RM3,000 setahun untuk bayaran medical card. Setiap hujung tahun, PruBSN akan keluarkan penyata tahunan dan beritahu berapa banyak yang boleh ditolak untuk kategori medical card ni.
Dalam hal percukaian ni, kalau perbelanjaan kita banyak berikan rebet cukai, kita boleh dapat semua sebahagian daripada jumlah potongan cukai yang telah dibayar.
Ini sekadar ringkasan sahaja. Panjang lagi ceritanya. Kena faham asas percukaian baru senang faham.

Gunakan Elaun Untuk Upgrade Bilik
Contoh, pelan anda ada elaun RM150 semalam. Room and Board pula RM300. Jadi anda boleh combine untuk dapat VIP suite.
Cuma elaun ni keluar lambat sikit. Jadi kalau nak upgrade bilik, kena guna duit sendiri dulu untuk bayar amaun yang tak cukup tadi. Guna kad kredit pun boleh.
Cheque untuk elaun akan dikeluarkan selepas discharge supaya mereka boleh kira berapa malam anda mendapatkan rawatan di hospital dengan mudah.
Urusan claim dan bank in cheque saya akan selesaikan. Takde masalah.

Hubungi Fahmi MB untuk keterangan lanjut. 0137422639
Credit To http://ariffshah.com/soalan-prudential-takaful/

No comments:

Post a Comment