Saturday, 28 February 2015

Soalan Takaful


Soalan Lazim Prudential BSN Takaful


Konvensional vs Takaful
Untuk pengetahuan, pelan konvensional walaupun dananya Takaful, pelannya masih lagi tak patuh Syariah. Nak cerita teknikal ni susah, kita ambil contoh loan Islamic dengan konvensional je. Dua-dua matlamat sama, tapi caranya lain.
Walaupun ada yang membahaskan antara dua ni, tapi kalau dah ada produk yang dikatakan patuh syariah, diwajibkan untuk kita ambil berdasarkan konsep yang mewajibkan kita mencari yang halal dalam Islam.

Bagaimana Harga Pelan Takaful Ditentukan?
Secara asasnya, harga pelan ni adalah berdasarkan:
  1. Umur
  2. Status merokok
  3. Co-takaful / full coverage
  4. Risiko pekerjaan
  5. Jenis pelan
Lagi tinggi umur, merokok dan kerja di tempat yang berisiko tinggi seperti di tengah lautan menjadikan pelan lebih mahal.
Kalau nampak contoh harga pada mana-mana memang tak boleh ikut yang tu sebab pelan ni memang ikut pada profail diri sendiri. Kalau ada harga pun, sekadar contoh untuk anggaran sahaja.

Perbezaan HealthEnrich (HE) vs Takaful Health2 (TH2)?
  • HE cover bayaran bilik di hospital selama 200 hari, TH2 selama 120 hari je
  • HE ada coverage untuk komplikasi kehamilan, TH2 tiada
  • HE masukkan manfaat elaun harian (HE Advanced & Premier), TH2 tiada
  • HE ada tambahan annual limit untuk pemindahan organ, TH2 tiada
  • HE pelan baru, TH2 lama
Pemilihan HE atau TH2 adalah berdasarkan kes. Kena rujuk pada saya untuk menentukan pelan mana yang sesuai.

Ko-Takaful dan Full Coverage
Pelan co-takaful ni gunakan konsep perkongsian pembayaran bil hospital. Untuk full coverage, mereka bayar bil rawatan sepenuhnya. Simple je.
Untuk pelan co-takaful, kita kena bayar 10% daripada bil hospital sehigga maksimum RM2,000 sahaja. Jadi kalau bil RM50,000 sekalipun (10% RM5,000), kita still bayar RM2,000 dan selebihnya PruBSN bayar.
Walaupun begitu, bayaran maksimum ni boleh berubah ikut keadaan semasa. Contohnya, kalau hospital naikkan caj pada masa hadapan dan pembedahan yang dulunya RM30,000 jadi RM60,000, pihak PruBSN terpaksalah naikkan bayaran maksimum tadi daripada RM2,000 ke RM3,000.
Pelan Untuk Wanita
Pelan ni istimewa sikit. Dalam pelan ni kita masukkan manfaat yang dinamakan Takaful Puteri. Takaful Puteri penting untuk melindungi diri daripada kes kanser, terutamanya kanser payudara.
Secara umumnya, pelan Takaful memang cover semua kes kanser. Tapi dalam hal kanser payudara ni lain sikit ceritanya. Mungkin anda pernah dengar pasal kanser ni ada tahap-tahapnya kan. Tahap 1 sampai Tahap 4. Kalau kita kesan pada tahap 1, masa tu paling sesuai untuk rawatan dan majoriti pesakit akan sembuh sepenuhnya kalau kanser dirawat dari tahap 1 lagi.
Kanser payudara ni unik sebab ada tahap 0. Tahap 0 ni adalah tahap di mana mereka dapat kesan sel yang berpotensi jadi kanser, tapi bukan lagi kanser sebab sifatnya yang tidak merebak. Dalam bahasa insurans, selagi sel kanser tak merebak/membesar, selagi itu ia tak tergolong dalam kategori penyakit kritikal walaupun ianya sel kanser.
Jadi untuk Takaful Puteri ni, mereka akan berikan RM15,000 untuk kos pembedahan pembuangan sel kanser tahap 0 tadi kalau ia dikesan awal. Kalau lambat kesan dan jadi kanser masuk tahap 1 atau 2, pelan medical card biasa pun dah boleh cover kos pembedahan, cuma pembedahan di tahap ini lebih berisiko dan berkemungkinan besar payudara yang dijangkiti perlu dibuang.
Kanser pada tahap 1 & 2 ni jadi lebih bahaya bila ianya merebak ke bahagian-bahagian yang lebih sensitif. Part ni saya dah lupa mana, kena refer balik pada client-client doktor saya. Jadi walaupun kita ambil manfaat Takaful Puteri ni, tapi kalau lambat kesan kanser payudara tu tak berguna jugak sebenarnya. Kena rajin-rajin buat pemeriksaan sendiri dan jumpa doktor cepat-cepat kalau ada sesuatu yang tak kena.
Kalau masukkan manfaat Takaful Puteri ni, biasanya pelan akan jadi lebih mahal dalam RM20 – RM35 berbanding pelan yang tiada manfaat Takaful Puteri.

Pembahagian Sumbangan Bulanan Untuk Pelan 3 Dalam 1
Pelan daripada PruBSN ni datang dalam bentuk pelan 3 dalam 1. Ia menggabungkan fungsi insurans nyawa, insurans kesihatan dan akaun simpanan.
  1. Insurans nyawa ni bagi pampasan wang tunai sekiranya berlaku kematian, mengalami kecacatan kekal atau menghidap penyakit kritikal.
  2. Insurans kesihatan adalah medical card yang akan cover semua kos rawatan ketika sakit.
  3. Akaun simpanan ini adalah lebihan wang yang kita bayar setiap bulan selepas ditolak semua caj dan yuran termasuk komisen saya.
Saya gunakan perkataan insuran supaya senang faham. Dalam terminologi Takaful, kita gunakan perkataan Takaful sahaja. Term Takaful Nyawa tak sesuai dari segi Syariah.
Kita tak lindungi nyawa. Apa yang berlaku dalam pelan Takaful ialah kita bantu (derma) berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui sekiranya berlaku kematian.
Saya cuba elakkan nak bercakap banyak dari segi teknikal sebab bukan bidang saya nak persoalkan/perbahaskan. Kalau ada yang salah, nanti tersilap maklumat.
Kalau ini bidang anda dan anda ingin membahaskannya, dipersilakan untuk anda bahaskannya dengan panel Syariah Bank Negara dan panel Syariah PruBSN Takaful. Mungkin mereka silap dah boleh perbetulkan apa yang silap secara total.
Jadi contoh pembahagiannya macam ni:
Screen Shot 2014-10-18 at 8.43.22 PM

Tahun pertama, 40% (RM768) sahaja daripada jumlah yang dibayar dalam setahun akan digunakan untuk membayar caj Tabarru’ dan bakinya dimasukkan ke dalam akaun simpanan.
Tahun kedua, pun sama.
Tahu ketiga, 50% (RM960) sahaja daripada jumlah yang dibayar dalam setahun akan digunakan untuk membayar caj tabarru’ dan bakinya dimasukkan ke dalam akaun simpanan.
Tahun seterusnya seperti dalam jadual. Tahun ketujuh dan ke atas, 100% baki bayaran bulanan yang dibayar akan dimasukkan ke dalam savings account setelah ditolak caj Tabarru’ dan yuran.
Lepas tahun ketujuh ni saya tak dapat dah komisen daripada anda, tapi saya masih lagi akan berkhidmat untuk uruskan claim dan bantu anda sampai bila-bila. Insha Allah.

Caj Tabarru’
Caj Tabarru’ ni adalah caj yang dikenakan ke atas pelan HealthEnrich dan segala manfaat yang kita masukkan. Caj ini akan dikumpulkan dalam satu tabung dan akan digunakan untuk menderma kepada ahli Takaful lain melangsaikan bil perubatan mereka.
Akad yang digunakan untuk tabung ini adalah derma, jadi selagi kita mengambil pelan Takaful, selagi itulah kita buat pahala atas dasar derma pada tabung untuk bantu orang lain.
Of course, bila kita sakit, kita pula akan dapat sumbangan ahli lain untuk melangsaikan bil rawatan kita.

Savings
Takde masalah nak tambah simpanan bulanan, tapi pastikan simpanan ni tak membebankan.
Apa kelebihan simpan dalam pelan takaful?
Simpanan anda boleh dilindungi. Maksud dilindungi kat sini ialah, kalau anda ambil pelan kami dan buat simpanan RM10 sebulan dan buat pilihan untuk mengambil manfaat perlindungan terhadap simpanan tadi, sekiranya anda menghidap penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal, pelan anda jadi percuma sehingga umur 70 tahun dan simpanan RM10 sebulan tadi akan diteruskan oleh PruBSN sampai umur 70 tahun.
Dalam erti kata lain, duit percuma.
Duit dalam akaun simpanan boleh dikeluarkan bermula tahun ke-7, dengan syarat kena tinggalkan minimum RM1,000 dalam akaun.

Caj Tabarru’ Mengikut Umur
Contoh caj adalah seperti dalam jadual bawah ni untuk pelan HealthEnrich Select:
health enrich

Bagi pelan yang saya sediakan untuk anda, rujuk page 3 & 4, bawah kotak total Tabarru’.

Manfaat Contributor
Contributor ni adalah salah satu cabang manfaat yang kita boleh masukkan dalam pelan macam manfaat Takaful Puteri atas tadi.
Manfaat ni berfungsi untuk menjadikan pelan Takaful kita percuma sekiranya kita menghidap penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal. Bila berlaku salah satu musibah ni, kita tak perlu lagi bayar sampai umur 70 tahun.
Boleh claim seperti biasa walaupun pelan dah jadi free dan savings pun masih jalan. Takde beza dari segi coverage.

Pewaris
Nama pewaris yang dimasukkan dalam pelan bukan jadi tukang bayar kalau kita tak bayar. Kalau tak bayar, plan kita akan mati. Tiada lagi perlindungan.
Nama pewaris hanyalah sebagai penama bagi pampasan pelan kita sekiranya kita meninggal dunia.

Syarat Pelan Jadi Free
Tentang syarat, kalau confirm kanser tahap 1 atau menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, pelan Takaful akan jadi free.
Untuk kecacatan kekal, syaratnya ialah tak boleh bekerja langsung akibat kecacatan tu. Contohnya, macam lumpuh.
Kalau putus jari satu pun kira kecacatan kekal, tapi putus satu jari masih lagi boleh kerja. Jadi tak kira. Hanya beberapa peratus sahaja daripada pampasan kecacatan kekal akan dibayar.
Manfaat ni penting. Banyak pelan yang murah kat luar tu tak masukkan manfaat ni. Apabila menghidap penyakit kritikal dan hilang punca pendapatan, belum tentu lagi pemilik sijil boleh bayar. Kalau tak bayar, macam mana nak cover? Last-last membebankan diri sendiri jugak semata-mata nak jimatkan RM20-30 sebulan.
Untuk pelan Prudential PruBSN, semua pelan kita akan masukkan manfaat contributor ni.

Room & Board
harga wad kpj johor

Ini senarai bayaran bilik untuk semalam di KPJ Johor.
Ambil contoh pelan Room and Board anda RM300/malam. Boleh ambil bilik Single Deluxe (2nd floor) dan ke bawah yang kosnya kurang daripada RM300.
Kalau ambil bilik lebih mahal daripada RM300, kena top up sendiri.
Kalau ambil 2 bedded room, boleh bayar untuk kedua-dua katil (ikut persetujuan hospital kalau tak ramai pesakit masa tu) supaya penjaga/ibu bapa kita boleh teman kita di hospital.
Kalau ambil bilik yang kurang daripada tu, lebihan tak akan diberikan.

Pengurangan Income Tax
Kalau anda bergaji RM2,500 dan ke atas, dah kena start buat e-filing LHDN dan kalau gaji RM3,700 dan ke atas, dah mula ada potongan cukai bulanan.
Bila kita buat e-filing, kita boleh senaraikan perbelanjaan kita dan medical card ni termasuk sekali dalam item yang dikecualikan cukai. Daripada jumlah pendapatan kita dalam setahun, ada % pendapatan akan dikategorikan sebagai pendapatan yang dikenakan cukai.
Daripada jumlah pendapatan yang dikenakan cukai tu, kita boleh tolak sehingga RM3,000 setahun untuk bayaran medical card. Setiap hujung tahun, PruBSN akan keluarkan penyata tahunan dan beritahu berapa banyak yang boleh ditolak untuk kategori medical card ni.
Dalam hal percukaian ni, kalau perbelanjaan kita banyak berikan rebet cukai, kita boleh dapat semua sebahagian daripada jumlah potongan cukai yang telah dibayar.
Ini sekadar ringkasan sahaja. Panjang lagi ceritanya. Kena faham asas percukaian baru senang faham.

Gunakan Elaun Untuk Upgrade Bilik
Contoh, pelan anda ada elaun RM150 semalam. Room and Board pula RM300. Jadi anda boleh combine untuk dapat VIP suite.
Cuma elaun ni keluar lambat sikit. Jadi kalau nak upgrade bilik, kena guna duit sendiri dulu untuk bayar amaun yang tak cukup tadi. Guna kad kredit pun boleh.
Cheque untuk elaun akan dikeluarkan selepas discharge supaya mereka boleh kira berapa malam anda mendapatkan rawatan di hospital dengan mudah.
Urusan claim dan bank in cheque saya akan selesaikan. Takde masalah.

Hubungi Fahmi MB untuk keterangan lanjut. 0137422639
Credit To http://ariffshah.com/soalan-prudential-takaful/

Mengapa Perlu Bertakaful?


Tuesday, 24 February 2015

The Power Of RM100!

Sejak sebulan lalu, saya menjalankan kempen yang telah dibuat oleh "Takaful Man" iaitu
Kempen Takaful rm100 = rm200,000.

Alhamdulillah masih ramai lagi yang mula aware dan subscribe pada konsep power ini dengan saya.

Terima Kasih "Takaful Man".

kempen Takaful ini merupakan;

The Power of 100!


The Power of 100 ini adalah menifestasi kekuasaan rm100 yang jarang diterokai oleh orang kebanyakan.

Yakni, dengan kontribusi rm100 setiap bulan, cabang keluarga secara langsung akan terlindung dengan sejumlah pampasan bernilai rm200,000.

Dalam kempen ini, saya cuba memberi makna kepada rm100, dengan menilainya dalam bentuk kekuasaan yang sukar dibanding dengan mana mana instrument kewangan yang ujud dalam sistem kewangan sejagat.

Takaful Man memberitahu;

“Rm100 kalau dicampak ke dalam longkang setiap bulan, tidak akan menjadikan kalian seorang yang miskin papa kedana. Begitu juga rm100 kalau di simpan di mana mana institusi kewangan, tidak akan menjadikan kalian jutawan berharta.Namun, rm100 ini, kalau disimpan ke dalam Takaful, akan memberi rasa lega dan lapang dada kepada diri kalian, dan keluarga tercinta”

Menukar 100 kepada 105 itu simpanan bank,
Menukar 100 kepada 110 itu ASB,
Menukar 100 kepada 120 itu Unit trust,
Menukar 100 kepada 200 itu berniaga,
Namun,
Menukar 100 kepada 200,000 itu hanya boleh jadi dengan Takaful.
Mari sama sama kita rempuh,
The Power of 100!

Mudahnya bertakaful.

Fahmi MB 0137422639

Sumber Inspirasi >>  http://thetakafulman.com/

Saturday, 14 February 2015

Takaful bukan untuk nak sakit

“ambil takaful kalau x sakit dan x pernah claim.. rugi je.. simpanan tu pulang sama banyak x nilainya apa yang kita dah bayar?”

Sedare, ambil perlidungan takaful ni bukan untuk sakit.. sebab kalau x sakit nanti mmg sedara akan rase rugi, apa yang saya boleh bgtau sedare, takaful ni tujuannya untuk sedare nak protect kewangan sedare sekiranya sedare sakit. sedare tau x? sekiranya sedare disahkan menghadapi penyakit kritikal, atau pun hilang upaya kekal (lumpuh) , ia juga boleh melumpuhkan kewangan sedare, sehingga sedara terpaksa habiskan semua simpanan sedare, bergadai harta benda dan barang berharga, meminjam dengan ahli keluarga dan kenalan, dan meminta derma”

“ade takaful pun ,kalau dh sakit tetap sakit jugak..kalau ditakdirkan ajal kita tetap kita akan pergi jugak. Hospital kerajaan ke hospital pakar ke same je..redha je la dengan setiap ketentuan Tuhan…”

Sedare… menyembuhkan sakit seseorang itu adalah kerja Tuhan. Power of takaful bukan lah boleh menyembuhkan kita sekiranya sakit dan boleh melambatkan kita dari bertemu ajal. Tapi power of takaful adalah dengan Izin Allah kita bertakaful dan bersama-sama dengan peserta takaful yang lain bantu membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang antara kita ditimpa musibah seperti sakit,kemalangan dan kesusahan ahli keluarga kita yang kita tinggalkan sekiranya kita telah meninggal dunia. Bantuan yang diberi adalah dari segi kewangan yang berbentuk pampasan dan dana perubatan. Ia sangat-sangat membantu kita dan ahli keluarga kita ketika itu.

Bersama-sama mengumpul dana dengan akad menderma(tabbaru)
 
Fahmi MB / 0137422639

Tuesday, 10 February 2015

KEHEBATAN 123 UNTUK ANAK-ANAK

Alhamdulillah ramai ibu bapa yang mula fikirkan perlindungan takaful untuk anak2 mereka dan juga simpanan pendidikan untuk masa depan anak2 mereka. Simpanan Bijak menjadi tanda Tanya orang ramai, kenapa ia dikatakan simpanan bijak. Ini disebabkan semua ibu bapa sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.


“Sayang-sayang anak di 123 kan” merupakan satu kempen takaful yang kawan lakukan untuk dimana ibu-bapa diluar sana yang inginkan satu simpanan bijak untuk anak2 mereka disamping anak-anak mereka dapat manfaat perlindungan untuk rawatan di hospital pakar sekiranya sakit.Dengan hanya Rm 123 sebulan untuk simpanan bijak ini, ibubapa boleh memastikan yang terbaik untuk anak2 mereka.

Semasa anak-anak masih kecil kita ajar mereka 123 kan… sekarang ni kempen “sayang-sayang anak di 123 kan”. Apa lagi cepat2 la GRAB!

Siapa sangka?

Dengannya simpanan RM123 ringgit untuk anak ini boleh menyelematkan anda dari 4 perkara dibawah.

1-Kehabisan wang simpanan.














2-Bergadai harta benda dan barang berharga
















3-Meminjam dengan ahli keluarga dan lain2 kenalan.





















4-Meminta derma
















Jom pm MB… MB akan bantu anda untuk segala pertanyaan tentang takaful.

Anda Tanya, MB Jawab…Mudahnya Bertakaful...

Fahmi MB/0137422639

Sunday, 8 February 2015

Kesiannya Isteri dan anak-anak2 kita... Jom Buat sesuatu untuk mereka.

 
Dari kita tamat belajar di universiti, mula bekerja, berkahwin, mempunyai anak-anak  sehinggalah ke saat anak-anak membesar dan kemudian kita pun bersara, pelbagai cabaran2 akan kita hadapi.
Antara cabaran paling meninggalkan kesan adalah sekiranya kita mengidap penyakit kritikal atau pun mengalami perkara yang lebih meninggalkan kesan seperti hilang upaya kekal (LUMPUH) atau Kematian.
Sekiranya berlaku perkara tersebut, sudah tentu segala perancangan yang kita nak lakukan untuk keluarga terutama anak-anak akan terbantut. Apa ek akan jadi kepada keluarga kite? Macam mana anak2 kite nak sekolah?
Ye. Mungkin ada yang akan mengatakan kalau aku sakit, hospital kerajaan ada. Aku staff kerajaan, sudah tentulah boleh masuk Wad Kelas 1. Bagi yang swasta pula, sudah tentu mengatakan company saya cover kos hospital tanpa had dan sebagainya.




Tahukah anda, sekiranya kita gagal datang bekerja , pihak majikan berhak menamatkan perkhidmatan anda? Apa akan jadi kepada sumber pendapatan kita? Siapa akan menanggung kos rawatan kita? Dan itu kalau sakit, bagaimana kalau anda meninggal atau Hilang Upaya Kekal? 
 
Adakah :
11)    Majikan/kerajaan akan menanggung belanja sekolah anak-anak kita sehingga ke universiti?
22)    Siapakah akan memberikan pendapatan untuk pasangan kita?Atau pasangan kita terpaksa bekerja dengan bebanan 2 kali ganda?
33)    Siapa akan membayar bil-bil elektrik, air dan sebagainya jika ditakdirkan kita tiada lagi?
44)    Jika kita mengalami Hilang Upaya Kekal (LUMPUH) siapa akan menanggung belanja kita? Pasangan? Anak-anak? Sanggupkah kita biarkan mereka berhenti sekolah?
Memandangkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, kita memerlukan pelan terbaik untuk kita menghadapi sebarang krisis semasa hidup.
Pelan ini dikenali sebagai Pelan Perlindungan Krisis. Dengan pelan ini kita boleh menyediakan pelan berterusan untuk keluarga kita. Antara faedah pelan ini adalah :
1)    Memberikan kita wang tunai sekiranya kita disahkan  menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi supaya kita boleh mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
2)    Memberikan keluarga kita wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan.
3)    Memberikan kita wang tunai sekiranya kita tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (lumpuh).
4)    Family Income Benefit memberikan orang yang kita kasihi pendapatan bulanan untuk 120 bulan sekiranya kita hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum berumur 70 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal atau kehilangan nyawa.


Ingatlah, ape yang kawan nak sampaikan, kita ambil perlindungan takaful ni sebenarnya bukan untuk diri kita, tapi untuk anak2 dan isteri kita sebenarnya. Berlaku pada kita... menderitanya isteri dan anak2 kita... sanggup ke kita? mungkin sebab kita x rasa lagi itu sebab kita buat x peduli ttg semua ni, tapi kalau dah kene masa tu dah x guna, bak kata pepatah "sudah terhantuk baru nak tersedar" ..kalau dah tau masih lagi buat2 x tau, masih lagi x de planning yang betul dr segi kewangan untuk nak ambil perlindungan takaful ni.. cube tanya diri kita semula "adakah aku betul2 sayangkan isteri dan anak2 aku?" ... kawan minta maaf kerana mungkin kawan agak melebih2...



Thursday, 5 February 2015

Kenapa ye nak kene ada takaful ni? x de x boleh ke?




Boleh x de..tp baca la dulu...mane tau boleh jadi x boleh...sebab kawan pikir x boleh.

Kawan suka kongsikan dalam bentuk point. kalau buat karangan kawan x pandai. korang pun rajin sangat nak baca kan. hehe :

1- Sebab musibah,kemalangan, sakit kita tidak pernah tau bila akan berlaku.
2- Sebab kita percaya pada Qada dan Qadar Allah. Allah sentiasa menguji hamba-hambanya dan
    setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.
3- Sebab sekiranya pembedahan diperlukan bagi merawat penyakit yang dihadapi, tahap percentage
    untuk pembedahan berjaya diambil kira bagi menentukan pembedahan boleh dilakukan atau tidak.
    polisi mane2 hospital semua sama je, jika tahap percentage pembedahan berjaya agak nipis
    pembedahan tidak boleh dilakukan. dan percentage ini tidak semestinya sama pada semua hospital
    kerana setiap hospital mempunyai kepakaran dan rekod-rekod tersendiri.sekiranya pembedahan tu
    tidak boleh dilakukan kita paksa lah mcm mane skali pun pembedahan tu tetap tidak boleh
    dilakukan. So readykan lah dana yang cukup untuk hospital pakar swasta.
4- Sebab x nak dah terhantuk baru nak tersedar. mungkin sudah terlambat.
5- Sebab kos perubatan di hospital pakar sgt tinggi.


6- Sebab sekiranya berlaku penyakit2 kritikal seperti pintasan jantung, kanser dan lain2 ia boleh
    melumpuhkan kewangan kita. Ingat.. x mintak tapi esok pun kalau Tuhan kata jadi. jadi...
    bile kewangan kita dah lumpuh,masa tu mcm mane dengan isteri dan anak2..? mase tu isteri
    perlu menangung bersendirian dengan susahnya. kesian die dan anak2...kita ambil perlindungan
    takaful bukan untuk diri kita sahaja sebenarnya tapi untuk keluarga kita. pikirkan baik2 semula.



7- Sebab simpanan kita dalam bank atau dalam beg duit kita akan habis mcm tu je bile keadaan
    mendesak.dah habis semua x cukup lagi, menggadai la apa yang ada, dah gadai x cukup lagi,
    meminjam la kite, x de nak bagi pinjam atau dah pinjam pun  cukup lagi, last sekali meminta
    derma la kite...kalau kite yang duduk x meminta derma x pe, tp kalau anak2 dan isteri kite
    yang duk pi meminta derma untuk kita mcm mane? ape kite rase? pikir2kan semula bang...
8- Sebab ia merupakan satu keperluan yang tersangat penting untuk keluarga kita.
9- Sebab ia merupakan satu simpanan BIJAK BESTARI.
10- Sebab ramai orang kat luar sana yang sudah sakit tapi bersungguh2 nak dapatkan perlindungan
      takaful. Masalahnya takaful bukan lah satu badan kebajikan.

Sebenarnya banyak lagi sebab2nya...bagi 10 dulu la...nanti nak tau lagi roger je kawan.
Jom tanamkan sikap ambil tahu. kawan sedia membantu sebarang kemusykilan korang. jom pm kawan untuk tahu bagaimana mudahnya bertakaful.

Fahmi MB/0137422639
Perunding Kewangan & Takaful.

Wednesday, 4 February 2015

Peluang Kerjaya Bersama Prudential BSN Takaful



“Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent PruBSN Takaful sama ada Part Time atau Full Time, berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.”

Permohonan Agent baru

Syarat Kelayakan (minimum)
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (minimum lulus 5 matapelajaran)

Ramai orang yang saya jumpa dan berkongsi cerita mengenai kerjaya sebagai seorang perancang kewangan...atau lebih senang Agent Insurance...tidak tahu secara mendalam bagaimana pendapatan sebagai seorang agent insurance. Yang biasa diorang tau, commission dapat 6 tahun. Itu sahaja....kalau dengar memang lumayan, tapi ada juga term and conditionnya. Di sini saya akan kongsikan peluang pendapatan apa bila anda menceburi bidang ini.

Ok, cuba kita lihat gambarajah di atas ni. Figure di atas ini adalah anggaran dengan kiraan seperti berikut.

Dalam sebulan ada 30 hari. Katakan lah anda bekerja 6 hari seminggu (sebab kerja sendiri, kena le kerja kuat tahun pertama buat business). Jangan samakan dengan kerja dengan orang. Kalau kerja dengan orang boleh kerja kuat, takkan kerja untuk diri sendiri nak malas2.

Ok, berbalik kepada statement tadi. 6 hari seminggu. Sebulan ada 4 minggu. Secara purata (agent yang biasa2 je performance dia)....seminggu dapat 3 cases (Nota : 1 case = 1 client = 1 policy terjual). 1 case premium RM 150 sebulan. Commission utk tahun pertama dan kedua 25%.
Ok, secara ringkasnya
- 1 Bulan 4 minggu
- 1 minggu 3 cases
- 1 case RM 150 sebulan
- Commission 25%

Total cases sebulan adalah 4 minggu x 3 cases seminggu = 12 cases. (saya amik contoh 10 cases sahaja sebab kekadang kita tak dapat seperti yang kita jangkakan...

Commission 25% x 150 (premium sebulan) = RM 37.50 utk satu case. Kalau 10 cases = RM 375.

Jadi,

Bulan ke-1....Rm 375...sila rujuk rajah di atas.

Bulan ke -2 *(client amik insurance akan bayar premium setiap bulan utk tempoh yang lama....20 tahun, 30 tahun dan sebagainya, jadi payment bulan sebelumnya still berjalan). Di tambah lagi dengan 10 cases yang baru i.e biasa di prudential kita panggil New Business. Berapa kita punya income bulan ke-2? production sama macam bulan pertama. Sebulan 10 cases sahaja. Income kita naik Rm 375 , total = RM 750.

Bulan ke-3, sama juga kita dapat 10 cases (New Business) dan income akan naik lagi Rm 375.

Bulan-bulan seterusnya....pertambahan demi pertambahan setiap bulan. Lihat gambarajah.

Itu baru tahun pertama. Untuk pengetahuan semua, tahun ke-1 dan tahun ke-2 commission sama 20%+5%.. Jadi kalau tahun ke-2, kita buat method yang sama, income sebagai agent pada tahun ke-2 adalah 2 kali ganda daripada tahun pertama. So, lihat sahaja perbezaan penambahan income sebagai agent insurance dibandingkan dengan increment kalau kita makan gaji.

Mungkin anda masih ragu2. Seperti yang saya citer di atas. Percaya atau tidak, saya dah laluinya..dan ramai yang dah laluinya...dan saya sekarang trained agent saya untuk melaluinya.

Tidak dinafikan, mungkin dalam ramai2 client yang kita dapat, ada yang tak mampu nak teruskan...so, kalau dah ditolak dengan orang yang stop dan tak mampu nak buat bayaran premium...katakan lah income kita tahun ke-2 sepatutnya RM 9,000 (refer gambarajah di atas)...tapi sebab ada yang dah tak bayar, income kita drop kepada RM 7,500 sebulan.

Tapi perlu diingat, setiap bulan kita mencari client baru,....so, income kita tetap akan bertambah.

Income yang saya sebutkan ni tak termasuk dengan bonus dan incentive yang company bagi dalam bentuk contest cash...So, baru tahun ke-2...masuk tahun ke-3...tahun ke-4. Kalau ikutkan track record agent yang join kami, dalam masa 3 tahun atau 4 tahun, income mereka akan mencecah 5 angka setiap bulan. Dan naik setiap bulan..

Bonus kalau dengan performance seperti contoh di atas..anda layak mendapat 13% dari jumlah sales...kalau setahun sales dalam RM 216,000.

Macam mana nak dapat 216,000 tu?

Macam nie kiraannya

(150 premium sebulan x 12 bulan = 1,800 untuk satu case). Kalau 10 case sebulan...10 case x 12 bulan = 120 cases setahun.

Total production : 1800 x 120 = 216,000.

Potential bonus : 13% x 216,000 = RM 28,080.

Bonus akan diberikan 2 kali setahun, secara ringkasnya amount 28K tu dibahagikan kepada 2...iaitu 1/2 akan dibayar pada 21/01 dan 1/2 lagi pada 21/07 setiap tahun. So, bonus 6 bulan sekali....Ini tak termasuk commission yang anda dapat setiap bulan.

Kalau anda lihat, dari segi growth...mungkin ada yang mengatakan, buat insurance lambat kaya, lebih baik buat MLM atau Unit Trust, sebab diorang dari segi income cepat dapat 5 angka. Mungkin dalam bulan 3-4 dah boleh cecah 5 angka....tapi, berani saya katakan...kalau insurance nie, katakan anda dah mencapai income stabil dalam RM 4,000 ke RM 5000 sebulan...tetiba anda tak sihat dan terpaksa berehat sampai 2-3 minggu. Then selepas sihat, start kerja tak de sales...income tetap masuk 4-5K....tapi kalau business lain bagaimana? Bukan saya nak condemn MLM or Unit Trust (memang tak dinafikan, business mereka juga hebat). Saya cuma berikan contoh secara umum. Sebab saya selalu sangat ditanyakan oleh prospect agent mengenai perbandingan business insurance dengan 2 jenis business ini i.e MLM dan UT. Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Sebabnya, ada beberapa agent Unit Trust join saya disebabkan apa yang saya cerita di atas. Beliau kena demam denggi, 2 minggu masuk wad, dan lepas keluar wad, badan lemah2, tak boleh nak buat sales. Akhirnya, bulan depannya, cucuk duit kat ATM..commission '0'. Then, selepas itu baru beliau sedar, mengenai apa yang saya nyatakan di atas.

Ini saya hanya cerita income potential sebagai agent, belum sebagai Unit Manager, Agency Manager, Senior Agency Manager lagi.

Akhir sekali, apabila anda dah tahu macam mana nak cari duit dan kumpul duit...baru le mudah nak buat investment yang lain....baru le senang nak buat account OD.


Mulakan Langkah pertama anda hubungi saya.  Fahmi MB - 0137422639

Dahulunya....Dan Kininya.....



Dahulunya kawan fikir.....

1- takaful ni memang x perlu pun sebab dah ada perlindungan dari company kawan kerja.
2-Rasa membazir jugak ambik kalau x sakit.
3-kawan fikir yang ramai orang kat hospital pakar tu orang kaya je yang banyak duit dan orang yang company die sediakan manfaat medical mcm kawan ni je.
4-biar dulu, nanti dah pencen baru kita pikiak2 kan...
5-kalau dah pencen pun hospital gomen pun ade, kenapa nak buang duit pg hospital pakar...

tup..tup..tup... abg wasup tanya x nak buat simpanan takaful untuk anak complete dgn medical card. Ek eh, dah jd agen takaful plak die...disebabkan anak pertama baru lahir dan pikir sebab nak tolong abang punye pasal ambik la, hampir 5 bulan da bayar...dudukla sembang minum2 dgn  member... member cakap die ade jugak buat untuk anak, tp die buat yang simpanan je, medical card die x buat...die kate rugi sebab company dah coverkan, buat ape sampai due. kawan pun ape lagi wasup terus abg kawan, bagitau kate nak buang yang medical card tu nak jdkan semua tu simpanan je.. abg kawan cakap ok...kawan pun ok la...setel...fuh..lege..kalau x rugi je..


Kininya kawan dah pun bergelar perunding kewangan dan takaful....

kini kawan fikir...dahulunya mmg 100% kawan silap. silap x pernah ade sikap nak ambil tahu

tapi kini kawan rasa ramai kat luar sana sebenarnya x sempat nak ambil tahu kot sebab sibuk...
tu sebab kawan tulis kat sini, terima kasih kerana membaca.. wasup kawan sekeping, kawan reply atau kawan call terus, kite set jumpe minum kat mane2..kat rumah pun boleh..nak suruh kawan dtg ke opis pun boleh..kawan kongsikan bagaimana mudahnya bertakaful...

Fahmi MB / 0137422639
Perunding Kewangan & Takaful




Kenapa walaupun company dah cover no limit tapi tetap perlukan medical card personal?